Monday, 21 July 2014

KERANA YOUTH LEADERSHIP PROGRAMME 2014...

Assalamualaikum everyone. Alhamdulillah. Salam sahur. Syukur. Seriously i was really miss write something good in my blog like before.

So this beautiful subuh, i wanna write something. But actually i dont have any idea. Hahaha. Nak tulis apa? Tajuk bukan main lagi kerana bagai. Kerlasssss ! Haha.

Heii. Kemon. Subuh ni aku *lama tak pakai kata ganti nama diri ni* nak cerita tentang program yang aku dah ikut sebelum ni. Aku ada cerita part 1 and 2 kat blog ni jugak. Part 3 dan seterusnya In sha Allah nanti aku update lah ye. Kamu wajib baca sebab serious best. Hahaha. Best erkk? Emm ofcoz lah best. Tak mampu aku nak cerita sbb penuh kang blog akj dgn cerita ttg program tu.

Now aku just nak cerita apa yg aku dapat drpd program Kepimpinan Belia Sabah tu k. Please jangan bosan baca. Truskan baca sebab manatau benda ni boleh ubah mindset negative korang ke positive. Perghh! Hebat tak aku? Ahaks. *perasan lebih. Uwekkk.

Program selama 15 hari tu kan telah buat aku rasa ohhh indahnya hidup aku. Ohh indahnya bumi Allah ni.. Ohh betapa aku perlu syukurinya. *ini serius.

Yalahh. Dah lama aku tak join camping2 segala macam ni walaupun ini adalah favourite aktiviti aku. Yalahh kan, asyik duduk bandar ja kan. Hadap jem and bunyi bising. Sekali sekala aku harus beri ruang kat diri aku sendiri untuk memenatkan diri join program2 luar macam ni. Best apa. Kalau tak best taknak lah aku cita panjang kat blog aku ni. Tapi ni serius duarius tigarius memang best sangat.

Dari 1st day sampai lah last day, aku tak pernah mengeluh and mempersoalkan kenapa aku disini. Kenapa aku join program ni. Apa yg aku dpt. Aku patutnya stay ja kat umah tgk tv tlg mak aku. Eii semua keluhan tu poyo lah. Aku bersyukur jugak sebab tiada keluhan tu yg timbul dalam hati aku ni.

Bila aku sampai program tu, aku takda kawan. Aku cuma ada jessica ja yg mana jessica ni adalah kawan aku 2tahun setengah kat ipt. Kita class sama study sama stress nak nangis sama. Yeahh dia sorang ja yg aku kenal. Lagi lagi aku ni pemalu eventho aku wartawan tp aku sgt pemalu. Haha. *boleh percaya kah pemalu?* *ei percaya lah aku mmg pemalu pun. Buat pa nak tipu kau orang*.

Tapi nikmat kesungguhan kot Alhamdulillah aku jumpa roomates yg very supportive. Yang humble. Yang always laughing and sharing. Ada yang kuat membebel like kibiey. Yg cantik menarik tertarik baik terer speaking semua ada dalam bilik aku tu. Aku harus syukuri semua tu.

And 2nd, aku dapat group yang ala ala slice Of pizza *ntah apa yg pizza sgt tu aku pun tak tau. Muahaha. Nama grup aku, Forest Ant(s). Ada 10 orang ahli dalam grup. 7 hero yang gagah berani caring ensem tak reti sebut R semua ada dalam grup aku. Ahah. Heroin pulak ada 3 orang ja. So total 10 orang.

Group aku boleh aku kagumi. Aku puji. Aku syukuri. Aku tak tau kenapa dan mengapa. Aku sgt suka group aku. Sampai aku tak sempat padang and perhatikan group lain selama 15 hari kat sana. Aku sgt selesa dgn group members yg aku ada. Tapi bukan bermakna aku tak bergaul dgn group lain. Aku berkawan dengan group lain. And roomates aku pun takda yg 1 group dgn aku. Semua group lain. Tapi tiada masalah jugak.

Group aku ada abg long iaitu penghulu yang comel gagah. Ada montfortion boys iaitu Darrence and Cheal yang mana mereka berdua ni sgt fit dalam apa jua aktiviti, lucu, positive but darrence more to style abang abang lah walaupun umur baru 19. Cheal comel. Dua2 banyak peminat. Group aku jugak ada org kg Mook yang hebat, si Cellus sbb dia tahu jalan dalam hutan tbilung. Dia penunjuk arah, dia lucu, dia baik dan suka menolong ambil mangga and suka makan belimbing. Haha. And ada Lim. Lim tak lancar sgt berbahasa Melayu. Kira pelat sebab tu buat kami selalu ketawa bila dgr dia cerita *lari-lari jadi lali lali.* haha.

Grup aku jugak ada org yg mmg keja part time tempat kami jalankan program tu. So dia tahu serba sedikit jugak and dia pun baik sbb suka menolong, iaitu adi. And group aku ada 3 orang student Unitarian iaitu abg ngah, thim. Kak long, fera. And kak ngah, tasha. Mereka sgt hebat sbb kreatif and byk idea yg mereka boleh keluarkan di saat2 genting.

So group aku memang lengkap dengan pelbagai ragam dan kekreativiti yg org grup lain tak dapat. Adik beradik forest ants boleh bagi nama benda yg org lain tak terfikir langsung nak buat.. lalat dinamakan trisha. Skup tanah dinamakan rokiah. Anjing dinamakan jackie. And byk lagi lah. Tak boleh share sini yg lain. Hahaha.

See, alangkah bahagia dan gembira dapat mereka2 ini dalam grup. Kalau aku masih mengeluh walaupun dikelilingi sahabat begini, aku mungkin tidak layak berada dalam grup forest ants. Mereka ni lah yg tgk muka hodoh aku nangis. Tgk aku senyum dan ketawa. Tgk aku tergelincir dari atas bukit ke bawah. Dengar aku tersasul bila bercakap. Gelakkan aku. Eii semua lah diorang.

Bukan senang ya mau lalui cabaran cabaran selama disana. Emosi perlu always stabil. Team work kena kuat dan Alhamdulillah grup kami ada team work yg kuat. Tak boleh serius sgt. Kena happy kena tlg kawan kawan. Kena support each other. Tenangkan each other. Kena faham each other. Love each other. Semua tu penting untuk build grup yang mantap.

Dan grup kami sgt banyak lagu yg membangkitkan semangat kami. Nanti aku ingat balik lah ye lirik lagu tu. Ahaha. Now aku dah lupa.

Aku jugak dapat belajar how to build self-confidence. Keyakinan diri ni aku tak boleh kat pasar raya, kat giant semua tu tiada jual keyakinan. Aku sendiri yang kena build. How to build? Yeahh aku kena challenge lah diri aku yg lembik ni. Kalau org lain jogging 1 round aku akan ikut org yanh jogging 2 round supaya aku tau mana tahap stamina aku boleh capai. Kalau org lain mengeluh, aku just set my mind into positive yang aku boleh buat semua cabaran mi dgn baik sbb aku dikelilingi mereka yg hebat. So aku pun kena hebat macam diorang. Tak gitu?

And how to communicate? Org yg sgt pemalu ni macam mana nak communicate? Heii.. banyak cara.. antara cara yg aku pakai, keluar dari bulatan kebiasaan. Kalau sebelum ni biasa caro 1, 2, 3 orang kawan ja. So apa kata kali ni cari 20-30 org kawan. Kenal2 and ajak cerita. And yeahh ofcoz. Thru our activities jugak. Macam debate. Sebab debate ni dia trained diri kita untuk berani cakap depan org ramai. Cakap benda yg masuk akal. Jangan merapu meroyan pulak. Hehe.

How to keep positive. Haaa ni senang ja. Jangan mengeluh. Buat ja apa jua aktiviti. Simple.

And paling penting, group forest ants ada 2 instructor yang best iaitu miss Ira And Brian. Mereka berdua ni mmg Penuh dengan nasihat. Dan positive thinking. Open minded and boleh jadi kawan kami. Both of them suka ajar kami utk sharing perasaan harian kami and apa yg kami dapat before kami pergi tidur. Penting tau sharing dalam grup ni. Sebab utk pastikan ahli grup okay dan baik baik ja.

Last but not least, macam yang Darrence cakap masa kita sharing tu hari kan, semoga persahabatan kita kekal abadi.

Ya mungkin akan ada persengketaan nanti, bukan aku hrap ada persengketaan tu dalam persahabatan kita, tapi mmg dalam apa jua perhubungan akan ada persengketaan yg timbul, akan ada perbezaan pendapat tapi if we hold on together, we never apart. Trust each other. And paling penting, biar kita bersih daripada sifat suka mengumpat sahabat sendiri.

Saya kongsikan beberapa gambar group forest ants kat bawah ni. Hehe.











Lots of love,😚
-fifiy-


No comments:

Ini adalah blog peribadi saya, dan Tulisan pada blog ini adalah daripada saya sendiri. Manakala freebies hiasan pada blog ini saya ambil daripada beberapa buah blog seperti blog student kecik, tutorial bina blog, syiqinsunshine, azhafizah, dll. Diingatkan bahawa hanya komen positive dan teguran membina sahaja yang akan diambil dan saya tidak bertanggungjawab dengan setiap komen negatif daripada anda semua. Sekian, Terima Kasih. Yang benar, Fifiyfitrianiee.