Wednesday, 20 August 2014

PENGALAMAN BARU DISINI...

Assalamualaikum. Ni dah nak masuk tengah hari dah ni. Dah jarang sangat saya nak update entry blog sejak kebelakangan ni. Nak hadap blog macam sebelum ni pun dah jarang, so apakan lagi kalau nak hapdet entry kat blog kesayangan ni hahaha.

Hari ni just nak menaip tentang pengalaman bekerja saya disini. Disini tu merujuk kepada tempat baru saya bekerja iaitu Outward Bound Sabah. Mungkin ramai lagi yang tak tahu menahu tntang Outward Bound Sabah (OBS) Kinarut ni kan. Its okay. Kamu boleh ja klik link tu dan baca serba sedikit info tentang tempat saya bekerja ni. 

Saya pasti tidak rugi anda search tentang OBS ni.


Logo OBS
Kenapa saya memilih untuk datang interview kerja disini? Antara sebab-sebabnya adalah saya menyukai persekitaran OBS yang jauh dari bunyi bising dan kesesakan lalu lintas. 

Selain tu, ia memang datang dari hati dan minat saya sendiri. Tapi saya tangguhkan niat untuk hantar resume melalui email OBS sebab merasa kurang yakin akan dapat bekerja disini. huhu. 

Tapi one of my friend, Jerry yang paksa-paksa saya mencuba. haha. So dengan keadaan sakit gigi, ku gagahkan jugak diri ni berjalan pergi penampang (donggongon) untuk cari cyber. Bila jumpa cyber, saya pun tidak buang masa buka gmailuntuk sent my resume.

Bla bla bla.. saya pendekkan cerita.

Saya dapat panggilan pergi interview. Dan saya melalui 3 peringkat interview. Macam mau pingsan ketakutan. Part paling saya benci adalah disuruh menyanyi ! ahahah. seumur hidup ni belum ada lagi sejarah saya nyanyi depan orang lain even my friend pun nda pernah dgr saya nyanyi. So saya rasa mau pengsan sebab tdk tau mau nyanyi lagu apa :P..

Tapi Alhamulillah. saya just do it. Saya try jugak walaupun saya datang tanpa harapan yang besar untuk diterima bekerja disini tapi tu bukan alasan untuk saya langsung tidak mencuba.

Saya memang set awal-awal. Rezeki tidak kemana. Yang pasti never ever give up before try.

Syukurlah saya diterima dan saya sudah bekerja disini seminggu. Setakat ni saya masih dalam proses belajar. Yes untuk permulaan memang akan ada blur hampir 360 darjah. Malu-malu. Everything pun rasa susah and rasa "aku mampu buat ka tidak ni" , "arghh! takutnya!" , "kalau salah buat macam mana lah ni."

Perasaan tu semua memang wujud dalam hati. Tidak saya nafikan. Lebih-lebih lagi bila saya masuk ja bekerja disini terus ada group Thalassemia yang datang kesini untuk Adventure Camp 3 hari 2 malam. So lagilah nervous and macam-macam perasaan sudah bercampur. haha.

Walaupun dalam keadaan tanda tanya "saya dapat step out from my comfort zone dan buat kerja ni atau tidak", Alhamdulillah syukur saya dapat jugak belajar buat. Thanks to senior instructor, Jat sebab banyak tunjuk ajar and sharing ilmu.

And saya juga berpeluang tunjuk dengan beberapa participant tentang pemasangan full body harness masa saya join senior instructor, Sukardi buat aktiviti Giant's Ladder.


Ni lah contoh full body harness tu. Gambar ni dari google
And saya belajar jugak buat jenis-jenis ikatan daripada Pika and Brian and also senior Instructor, Ira.

Diorang memang syok lah sebab banyak ajar saya benda baru even ada masa saya susah mau tangkap tu ikatan tapi lepas buat balik-balik okay sudah. hahaha. Lepas ni saya mau praktiskan ikatan-ikatan tu sebab benda tu penting.

Tu ja lah untuk masa ni. Nanti ada masa saya share lagi banyak. Sorry sebab tidak banyak gambar. haha. ni guna computer office untuk hapdet entry. bye


TEMPAT TRAVEL MENCABAR !!!

1 comment:

Shida Radzuan said...

wahhhh mcm best je keje dia :) tahniah tau..pe keje kita bt skali pn asalkn kita happy :) bila happy nk bt kje ape pn sng :)

Ini adalah blog peribadi saya, dan Tulisan pada blog ini adalah daripada saya sendiri. Manakala freebies hiasan pada blog ini saya ambil daripada beberapa buah blog seperti blog student kecik, tutorial bina blog, syiqinsunshine, azhafizah, dll. Diingatkan bahawa hanya komen positive dan teguran membina sahaja yang akan diambil dan saya tidak bertanggungjawab dengan setiap komen negatif daripada anda semua. Sekian, Terima Kasih. Yang benar, Fifiyfitrianiee.