Tuesday, 7 July 2015

KAYAKING EXPEDITONS TO SURVIVAL ISLAND

Assalamualaikum semua ^_^

Kamu sihat kah semua ni? haha. hari ni rajin sikit nak hapdet entry pasal training kitorang yang berjalan selama lima hari. perghhh. lima hari macam 5 bulan. penat !

Training kitorang ni hasil gabungan instructors dari OUTWARD BOUND SABAH dan juga dari OUTWARD BOUND LUMUT, PERAK. Dan tidak ketinggalan, instructors dari OUTWARD BRUNEI juga ada tapi diorang joined sehari saja lah. hehe. Korang boleh klik link tu untuk tahu apa itu Outward Bound..

Dalam training tu macam macam lah kami buat. start dari morning exercise hari pertama, then sambung kayaking expeditions, jungle trekking, sailing dan lain-lain.

Meh tengok gambar kat bawah ni. gambar akan menceritakan suasana sebenar kepada pembaca ^_^.


morning exercises lead by our Executive Director, Mr. Benjamin Benedict
Ok. lepas ja morning exercises, kami pun diarahkan untuk get ready for Kayaking Expeditions to Pulau Tiga. Tak pernah lagi kami kayak sejauh 42KM ni. gila jauh jugak lah pulau tiga tu. kami berjaya atau tidak? jeng jeng jeng.. nantikan. hahaha.~


ok. dah ready dah gerak.
Time ni ombak jangan cakaplah. tengok sendiri kat gambar~
Nampak tak pulau kecil kat depan sana tu? haaaaa tu pulau Layangan namanya. Pulau Tiga ada kat belakang pulau Layangan tu. pulau Layangan to Pulau 3 lebih 13KM. haha
Time ni still boleh senyum walaupun saya dah start mabuk laut. kecik besar kecik besar ja aku tengok pulau Layangan tu. cait~

Okay. haha. sambung lagi.. jam sudah pun menunjukkan jam 4 petang. dan langit semakin gelap mendung. ombak semakin tak menunjukkan sifat baiknya. so adakah kami berjaya sampai ke pulau tiga?


Tadaaaaaaa!! ahaha. kitorang dah sampai.
hahaha.
kitorang dah sampai. tapi bukan sampai kat pulau tiga. sobbb :( . kitorang singgah ja mana-mana pantai yang ada. nama pantai ni pantai malugus kalau tak silap
Ok masing-masing penat tapi tetap sibuk bekerjasama nak masak for berbuka puasa. hehe
Walaupun tak sampai pulau 3, muka tetap happy hahahaa.
(OBML dan OBS).
Doa untuk berbuka. kat sini bukan semua Islam tapi tetap nak makan sama-sama time berbuka hehe

Pulau 3 yang sebenar adalah macam ni. hahaha~ takpe lah. tak sampai pulau tiga sebab keadaan tidak mengizinkan. huhu.




Sambung. Keesokan paginya.. kitorang bangun dan get ready untuk mendayung balik semula ke OBS, iaitu base camp kami. Kelihatan ombak masih juga menunjukkan taringnya dan dia bersedia untuk mengigit siapa saja yg tidak dapat survive.

Lama kitorang berfikir untuk keluar daripada kawasan pantai tu. akhirnya our senior instructor OBS, elle and leo try 1st untuk kayak keluar mengharungi ombak-ombak besar tersebut.


hebat ELL dan LEO
termenung duduk di stalker boat memandang ke arah ombak-ombak besar hahaha
Ini selepas kitorang dah berjaya lepas daripada gigitan ombak besar tu. cait! sebelum keluar ke sini, aku dua kali kena gigit ombak besar tu ahahaha. dasyat. pengalaman yg buat aku lagi berani.

Dayung dan dayung. aku dah KO dah time ni. ahhaahah~. akhirnya berjaya jugak sampai kat boathouse, iaitu basecamp kitorang. fuhhh ALhamdulillah.


yeahh finally. dah sampai darat! happy me

Dasyat tul cabaran time ni. perghhh. aku sikit lagii nak giveup. nasiblah time ni aku dikelilingi orang orang hebat berpengetahuan dan berpengalaman so semangat aku tu datang lah balik~ >_<~

Nak masuk ke basecamp area tu pun kena lawan ombak besar lagi ahahaha. dan sekali lagi partner aku, usop kena gigit ombak besar. Tapi untunglah org yg dah kena gigit dgn ombak besar ni sebab dah rasa dah panik and happy dia. haha. takut pun hilanglah sikit. kan kan :P

OK tu ja aku nak share untuk sea exp kitorang. habis ja sea exp ni, kitorang balik mandi rehat kejap dan sambung lagi jungle trekking. tu nanti aku rajin aku cerita kat entry seterusnya~ hehe.

Dadaaaaaa~

No comments:

Ini adalah blog peribadi saya, dan Tulisan pada blog ini adalah daripada saya sendiri. Manakala freebies hiasan pada blog ini saya ambil daripada beberapa buah blog seperti blog student kecik, tutorial bina blog, syiqinsunshine, azhafizah, dll. Diingatkan bahawa hanya komen positive dan teguran membina sahaja yang akan diambil dan saya tidak bertanggungjawab dengan setiap komen negatif daripada anda semua. Sekian, Terima Kasih. Yang benar, Fifiyfitrianiee.