Monday, 19 October 2015

MULA MENGUMPUL EMAS ? PERLUKAH?



Assalamualaikum semua. 


HAHA. Hari ni nak cerita pasal emas. Yes emas. Korang tau kah apa tu emas? Tahu? OK Good. selamat lah saya sebab tak perlu explain hahaha. gittewww :P .

Ada kawan kawan yang tanya saya, ko ni nak kumpul emas yang betul betul emas ka atau emas korea? Lol. Ofcos lah emas ori. emas yang terkenal dikalangan rakyat Malaysia adalah emas 916. so no emas korea disini ya ya.

hehe. Kenapa saya nak kumpul emas? Kenapa kenapa? Best kah ?

Jawapannya sebab, saya suka pakai emas. mama saya suka pakai emas. Dan paling penting adalah kerana emas adalah aset paling berharga dan tahan lama. Kelebihan emas ni kita leh buat collection peribadi. Dan boleh juga dijual. Dan boleh juga diguna sehari hari.

Dan paling penting nilai emas di pasaran susah nak jatuh menjunam seperti mana jatuhnya nilai wang ringgit Malaysia dipasaran dunia.

Saya dah mula join Powergold Empat bulan yang lalu. Tapi baru dua bulan yang ni saya serius nak mengumpul emas. sebab saya dah sedar kepentingan emas.

Teringat kisah tragis dimana rumah kami terbakar, masa tu seminggu saja lagi nak masuk tahun 2010. Masa tu memang dah takda yang tinggal. Adik kandung saya dua orang juga rentung dalam kebakaran tu :( .

Duit yang mama simpan dalam peti keselamatan dirumah lebih RM10,000 pada ketika itu jugak terbakar. Peti tu terbakar namun masih boleh dilihat bentuknya yg berupa segi empat.

Tapi duit dalam tu semua lesap tinggal debu ja. Namun apa yg mengejutkan kami, bila kami try buka peti keselamatan mama tu dengan menggunakan alatan daripada pihak bomba, kami dapati emas yang mama simpan masih ada.

Cuma warnanya sudah berubah. Tiada rupa emas sudah. Kalau org yang tak celik emas / tak ambil tahu tentang emas, mungkin diorang dah buang dah emas tu sebab dah memang takdak rupa emas. hitam legam. So nasib baik kitorang tahu jugak pasal emas. cehh ! haha.

Bila abang saya ambik emas tu dan bawak pergi kedai emas untuk cuci, Alhamdulillah emas tu masih ada nilai yang tinggi. Dan kami sgt bersyukur sebab masa tu yang kami ada cuma lah emas itu sahaja.

Rumah makanan pakaian semua dah habis lesap rentung dan jadi debu.

Dan tidak lama suatu ketika dahulu, keluarga saya diuji sekali lagi. Masa tu wang simpanan kat bank dah habis digunakan untuk menyelesaikan masalah yg ada. 

Nak pinjam saudara mara? Kawan kawan? Adik beradik bapa? Adik beradik mama? Bukan senang nak pinjam duit dengan orang dengan jumlah yang agak banyak. Ko nak bayar balik haihhh siksa weii.. Perit nak bayar hutang sampai selera makan pun boleh hilang. Ini tak betul itu tak betul semua sebab nak fikir bayar hutang kat org.

But we r so lukcy bcos mama ada menyimpan emas sikit- sikit. Emas tu lah mama gadai kat bank untuk jadikan ia cash. Dapatlah duit puluh ribu untuk setelkan masalah yang dihadapi.

Kalau gadai emas kat bank, kita boleh tuntut balik emas tu tapi dalam tempoh yang diberikan oleh pihak bank lah. hehe. 


Alhamdulillah everything has been settled. 


Nampak tak bergunanya emas diwaktu dan saat saat yang berkaitan hidup dan mati kita. huhu.

Kesilapan orang kita:  

Mengapa mereka tidak mampu mengumpul emas? 
Ini kerana, selalunya kita akan berbelanja itu dan ini terlebih dahulu, jika ada LEBIH barulah ditukarkan pada aset. Pada kebiasaannya, jika menerima gaji, (pada malam hari yang sama), cuba lihat berapa ramai yang menolak troli di shopping center. 
Alasannya ialah untuk membeli stok untuk bulan tu. Bila pergi ke bandar utama, kereta jammed panjang, semua menunggu parking, al-maklumlah baru terima gaji / bonus. Memang alasan stok untuk sebulan takde masalah, yang menjadi masalah ialah kadang-kadang membeli sayur pun berapa banyak ikat, sedangkan sayur tu bukan tahan sebulan pon. Bila layu, masuk ke sampah (dah rugi). 
Anak mintak mainan apa, semua dibelikan, nak ais krim beli, sedangkan mainan yang dah ada kat rumah pon dah tak cukup bilik (banyak sangat). Apabila segala shopping dah selesai, barulah mereka akan memeriksa kewangan. Opps, dah tak cukup untuk membeli aset. 
Kemudian mereka bertekad, bulan depan wajib tukarkan kepada aset. Bila dah sampai bulan yang dikatakan itu, benda yang sama lagi, tolak troli di supermarket. Bulan seterusnya pun macam tu. So sampai bila-bila memang tak akan ada aset lah jawapnya. 

So semua ni adalah attitude, ramai yang taknak mengaku, tapi cuba fikir-fikirkan ye. 

Kunci: 
  • Orang kaya: Beli aset dulu, lebihan gaji baru pergi shopping.
  • Orang miskin / sederhana: Shopping dulu, lebihan duit baru beli aset (selalunya memang takde lebih). haha.
So bulan ni, kita letak WISHLIST sama-sama. Bila gaji masuk, bayar hutang dan beli emas. Takyah beli yang mahal2. Beli ja emas yang harga RM100 + atau RM200.

Lepas dah bayar hutang dan beli emas sikit, baru lah shopping. hehe. sekian.

P/S : 

Siapa siapa yang nak join kutu emas sebulan RM50 X 10 bulan boleh whatsapp saya 0198238481 (fifi). 


TEMPAT TRAVEL MENCABAR !!!

2 comments:

Fieza Sani said...

Yup betul tu..emas ni aset bila time tengah terdesak..tapi tak ramai orang kita yang suka simpan emas sebagai aset..alasan tak suka pkai brg kemas so buat apa beli banyak2 @ tak cukup ongkos untuk beli..tapi apapun terpulang pada memasing.. ;)

✗ fifiyfitrianiee ✗ said...

Yup tu lah. Alasan org kita ni banyak sgt. 360° alasan nak diberi. Kiri alasan. Kanan alasan. Depan alasan. Belakang alasan. Ats alasan. Bawah alasan. Semua nak bagi alasan. Thats y semua benda takda confident nak buat. Kena komen sikit je dah nak giveup.

Ini adalah blog peribadi saya, dan Tulisan pada blog ini adalah daripada saya sendiri. Manakala freebies hiasan pada blog ini saya ambil daripada beberapa buah blog seperti blog student kecik, tutorial bina blog, syiqinsunshine, azhafizah, dll. Diingatkan bahawa hanya komen positive dan teguran membina sahaja yang akan diambil dan saya tidak bertanggungjawab dengan setiap komen negatif daripada anda semua. Sekian, Terima Kasih. Yang benar, Fifiyfitrianiee.