Monday, 9 November 2015

OUTDOOR EDUCATION CENTRE DI KINARUT SABAH !!

Assalamualaikum. selamat kepagian korang. selamat bercuti. 

Hari ni I get confused kerja or cuti. muahaha. datang ofis awal pagi. tak tau nak buat apa. so here I share about my work place, Outward Bound Sabah, Kinarut.

Outward Bound Sabah atau lebih dikenali sebagai OBS ni adalah adalah Outdoor Education. Lebih senang faham, pembelajaran diluar kelas. 

saya bagi contoh yang mudah untuk kamu faham, macam ni..

Kalau di sekolah, anak-anak ataupun adik-adik kita akan belajar didalam kelas. isnt it? Bila dalam kelas, most of the students akan boring dan mengantuk. sebab kenapa? salah satu sebabnya adalah penjelasan yang terlalu panjang lebar dan serius. Students kurang pengalaman luar.

Tapi di OBS, pembelajaran adalah berasaskan luar bilik darjah. which is kamu dapat belajar sesuatu melalui pengalaman (learning through experience) dengan konsep 'learning by doing' . 


OBS jugak conducts Educational Training Programmes untuk membantu pelajar / peserta terutamanya, untuk diroang mengenal potensi diri diorang, apa kebolehan dan bakat yang diorang ada dan belajar mengenali atau alert dengan sekeliling diorang.

"There is more in you if only you can be taught to realize this" - Kurt Hahn 
Thought for the dayDont worry, instructors disini mempunyai skills yang sudah terlatih. 
ni lah contoh dia, peserta akan diberikan tugasan oleh instructor dan sila gunakan konsep plan, do and review.

Okay ada yang tanya activities di OBS ni apa ja yang ada? hmmm jawapannya banyak. ikut berapa lama kamu punya kursus. lagi lama lagi lah kamu dapat merasa semua. ya ya ya.

Kalau ambil kursus 2d 1n then mau minta semua aktiviti, hmmmm sorry to sorry. haha. 

Antara aktivit yang ada disini, adalah sailing, Ropes Course, Camping dan lain-lain. kalau camping di obs, jangan minta kena sediakan sleeping bag ya. kamu kena bawa sendiri. di OBS back to basic. jangan mau minta sediakan kipas dan aircond. cubit kamu nanti.


sorry lah kualiti gambar tidak baik. saya pernah upload cerita pengalaman saya semasa saya jadi peserta di OBS last year.. cerita ada disini --> KEM KEPIMPINAN BELIA PART 1 dan KEM KEPIMPINAN BELIA PART 2. Baca lah manatau ada tips-tips yang kamu boleh gunakan haha. 


Minimum peserta adalah dua orang. dan maximum adalah 120 orang per day kalau mau tinggal di dorm. Bayaran pula RM120 per day per person including makan minum tempat tinggal aktiviti disini dan tenaga kami sudah tu. Janganlah minta kurang sangat yaa. nanti tenaga jurulatih disini nda terbayar sebab kami bukan dapat gaji dari kerajaan. ahaha.

Kalau mahu tahu lebih lanjut, boleh ja klik LINK NI -->  OBS KINARUT . 

Info semua ada disana.


barisan instructors yang mantap
during our training sessions
SAILING EXPD TO DINAWAN ISLAND
Sekian sharing dari saya. assalamualaikum.

TEMPAT TRAVEL MENCABAR !!!

No comments:

Ini adalah blog peribadi saya, dan Tulisan pada blog ini adalah daripada saya sendiri. Manakala freebies hiasan pada blog ini saya ambil daripada beberapa buah blog seperti blog student kecik, tutorial bina blog, syiqinsunshine, azhafizah, dll. Diingatkan bahawa hanya komen positive dan teguran membina sahaja yang akan diambil dan saya tidak bertanggungjawab dengan setiap komen negatif daripada anda semua. Sekian, Terima Kasih. Yang benar, Fifiyfitrianiee.