Tuesday, 9 February 2016

TEMPAT MENARIK DI KENINGAU DAN TENOM


Assalamualaikum. haha. lama sangat tak hapdet entry kat blog ni. sebenarnya banyak ja aktiviti yang dibuat tapi nak buka blog tu malas sangat. hukhuk.


So hari ni baru terasa rajin sikit nak kongsi entry dengan semua.


Hujung bulan lalu, company saya @outwardboundsabah (boleh cari di instagram & fb) ada buat staff retreat ke Keningau dan Tenom.

Beberapa hari sebelum jalan tu, kami dah bagikan kumpulan untuk tiga buah bas dan itenary jam berapa kumpul, apa aktiviti yg akan dilakukan dan  lain lain.

Hari Pertama..

Pagi tu semua staf berkumpul jam 6.45am depan ofis. konon lah jam 6.45 pagi. hahaa.


yang ni dah jam 7am. haha. masih menunggu beberapa org yg terlewat tanpa disengajakan. posing mcm semua dah marah menunggu tu haha.


PENGALAMAN SEMASA DALAM PERJALANAN..

Saya dapat kumpulan yg memang selalu gila sama sama so takda hal. tapi naik bas yang oldskul. hahaha. naik bukit pun terbatuk-batuk. sampai tahap bas kami tu overheat bila sampai di atas bukit kimanis ~

Kalau kamu mau tau, jalan Kimanis --> Keningau tu adalah laluan tanah tinggi. Sejuk jugak tapi syukur sebab kabus tidak tebal sangat. Bas yg saya naik pula tiada aircond. hahahaha. so dapatlah fresh air sepanjang pergi dan balik :P !

Sebenarnya pada mulanya saya sendiri tidak tahu tentang Manis-Manis Resort tu. Langsung tidak google. so ikut ja lah kan.

Dalam perjalanan kami di potong oleh dua bas company yg lasak. Almaklumlah bas kami kan oldskul, bas diorang pula baru. hahaha. naik bukit pun 20km/sejam. kau mampu? ahaks.


Tapi Alhamdulillah kami sampai jugak di tempat yang ingin dituju walaupun pada mulanya tidak tahu dan mahu menggunakan wave tapi mujurlah yg drive kami masa tu pun boleh tahan hebat. hahaha. 

MANIS-MANIS RESORT KENINGAU


Tempat persinggahan pertama kami adalah di Manis-manis Resort Keningau dekat dengan banjaran Crocker. 


Kami singgah kat sana sebab bos buat meeting kat situ. perjalanan company 2016, lebih kurang pasal tu lah meeting kitorang.

Pemandangan depan sebelum masuk ke Hall dia. nampak tak bas warna ganjil tu? tu lah bas kami haha.

yang ni lah time meeting. 

Hall untuk meeting dia memang boleh tahan. sangat cantik view yang kita dapat. sejuk. kami pasang aircond lagi lah tambah sejuk. tandas dia saya bagi 10/10.. 

 Dan laluan masuk kat dalam tu pun ada beberapa pameran khas untuk setiap pengunjung yg dtg. 


Suasana sangat tenang untuk siapa yang mahukan honeymoon atau relaks dari bunyi bising di bandar.

Antara asrama utk pengunjung sewa
Yang ni tempat makan kitorang. kami lunch disini. actually tempat dia luas tapi gambar ni ja yang ada. tidak sempat ambil full gambar.
Half daripada tempat makan cinnamon cafe.

Cafe diorang ni dinamakan cinnamon cafe sebab terdapat banyak pokok kayu manis di sekeliling dia. and bab makanan pula, kalau yg mau BBQ atau request makanan local sabahan boleh ja request awal2 sebelum datang. nanti diorang prepare lah untuk kamu.

Ok selesai kat Manis-manis rooftop Keningau, kami meneruskan perjalanan pula ke Tenom. Kami tidur satu malam di Tenom. Di chalet Taman Pertanian Sabah.

TAMAN PERTANIAN SABAH..

Di TPS ni pun ada chalet jugak untuk sesiapa yg tak tau lagi. Banyak chalet / rumah rumah kayu yang modern khas untuk pengunjung yang nak sewa dan bermalam kat TPS ni.

Gambar dari hp saya semua dah terpadam so gambar di googlw je lah ehh. Tapi view tetap sama dengan yang real. kalau tak caya, boleh tengok kat instagram saya @fitrianieefifiy ! :p







Kawasan Taman Bunga yang sangat cantik !!!
one of the chalet yg ada kat sana. 
Chalet dia mmg terbaik. Dari segi range harga rasanya RM200+ untuk sewa sebuah rumah. Dalam tu ada masteroom dan satu bilik biasa. dua toilet. 

Ada peti ais, gas, tempat masak air, aircond, kipas, sofa, meja makan, dapur, tempat jemur kain. Yang penting lengkap !! pilih je nak chalet yg dekat2 dengan chalet lain or nak jauh2. semua ada.


Hari Kedua..

Pagi pagi tu kami cuma ke pasar / tamu kat pekan tenom untuk cuci cuci mata dan bekpes. 

Pastu sambung melawat beberapa lokasi yg tidak pernah kami pergi.

TENOM FAT CHOI COFFEE




Kat Fat choii coffee ni boleh order macam macam jenis minuman / dessert yang berasaskan coffee tenom. memang sedap. Affogato dia super yummeh. dan harga tak mahal !! RM6.50 je secawan.

Next..

MURUT CULTURAL CENTRE TENOM.






pusing kepala please



Yang tu antara game yg sempat saya main selain daripada melawat kawasan rumah murut tu. memang had fun sangat. tak rugi pergi tempat-tempat yang jauh dari bandar untuk release tension.

satu pengalaman yang tak rugi dalam hidup.

tu saja. see in next entry, In sha Allah.

2 comments:

mama amir said...

bestnyer...bila agaknya boleh sampai sini yerr

Irvan Yasin said...

nice blog,ada lagu latar pula tu ^-^...baru terjumpa blog yg ada main lagu latar sendiri..baru tau pula keningau ada tempat ni.insyaallah ada masa nak pergi sini juga..nanti boleh la review tempat2 meranik yg ada di Sabah ni..good job ^_^

Ini adalah blog peribadi saya, dan Tulisan pada blog ini adalah daripada saya sendiri. Manakala freebies hiasan pada blog ini saya ambil daripada beberapa buah blog seperti blog student kecik, tutorial bina blog, syiqinsunshine, azhafizah, dll. Diingatkan bahawa hanya komen positive dan teguran membina sahaja yang akan diambil dan saya tidak bertanggungjawab dengan setiap komen negatif daripada anda semua. Sekian, Terima Kasih. Yang benar, Fifiyfitrianiee.