ABOUT ME



Assalamualaikum. Site ni adalah khas untuk saya sahaja. Untuk saya describe diri saya sedikit sebanyak agar mudah untuk sesiapa yang nak mengetahui saya ini jenis bagaimana. Yeahh memang dari site ini sahaja korang akan dapat baca tentang diri pemilik blogger yang simple ini. :D Ok, let's move on the details.

❀ Boleh panggil saya dengan nama fifiy sebab kawan-kawan panggil saya dengan nama tu. Kalau nak panggil Fit pun boleh. Full name dirahsiahkan atas sebab-sebab tertentu. Tapi jangan risau, nama panggilan itu adalah nama panggilan saya. Nak tahu umur saya berapa? haha. Dan I am Sabahan.

❀ Saya sedang melanjutkan pelajaran diperingkat Diploma dan I'm taking Diploma in Journalism (2011-2013). Siapa yang tak tahu Journalism itu apa. Journalism itu adalah Kewartawanan. OK, kenapa saya ambil bidang Kewartawanan? Sebabnya adalah kerana saya ni seorang yang sangat pemalu dan untuk bergaul dengan dunia luar itu adalah suatu perkara yang agak susah bagi saya. So, dengan mempelajari Ilmu kewartawanan ini, sedikit sebanyak ia dapat membantu saya berkomunikasi dengan lebih baik dengan orang lain. Selain itu, saya juga minat pada bidang penulisan dan pembacaan berita. Tapi untuk menjadi seorang pembaca berita itu agak mustahil bagi saya sebab pitching saya tak berapa nak ok. Saya lagi sanggup mengaji depan seratus orang daripada membaca berita dihadapan 10 orang. Nampak tak saya tiada confident nak jadi pembaca berita? hahaha :3 !!

❀ Saya lebih prefer mendiamkan diri dan sabarkan diri sendiri if ada sesuatu yang mencabar kesabaran saya. Bukan senang ya nak menjadi orang yang sabar ni tapi sabar itu perlu demi kebaikan. Walaupun difitnah, dimaki, dikhianat, diumpat, kesabaran itu lah yang perlu kita cari. Kalau saya, saya akan berusaha untuk tidak membalas setiap kejahatan orang terhadap saya. Dan Alhamdulillah Allah tunjukkan saya kebesaranNya yang akhirnya membela kebenaran pada diri saya.




1 comment:

Maisarah Azemi said...

salam sis...

i nak invite u join GA i..

ni link nya

http://sarahbodyfood.blogspot.com/2013/12/give-away-dari-sarahbodyfood.html

tq..:)

Ini adalah blog peribadi saya, dan Tulisan pada blog ini adalah daripada saya sendiri. Manakala freebies hiasan pada blog ini saya ambil daripada beberapa buah blog seperti blog student kecik, tutorial bina blog, syiqinsunshine, azhafizah, dll. Diingatkan bahawa hanya komen positive dan teguran membina sahaja yang akan diambil dan saya tidak bertanggungjawab dengan setiap komen negatif daripada anda semua. Sekian, Terima Kasih. Yang benar, Fifiyfitrianiee.